MELAKA
11 Julai - Kira-kira 150,000 warga Indonesia yang berada di Malaysia dijangka
pulang ke kampung halaman mereka bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini,
kata Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono.
Beliau
berkata, semua warga Indonesia berkenaan kebanyakannya akan menggunakan
pengangkutan darat dan air melalui pelabuhan sedia ada di negara ini dan
sehubungan itu mereka dinasihatkan pulang melalui prosedur serta laluan yang
betul bagi menjamin keselamatan mereka.
"Seramai
171 warga Indonesia telah ditahan setakat ini kerana mahu pulang ke Indonesia
melalui jalan tidak sah dengan 59 orang daripadanya ditahan dalam sebuah kapal
tangkapan ikan di perairan Shah Alam (Selangor) minggu lepas.
"Empat
warga Indonesia juga telah meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke kampung
mereka kerana perahu yang dinaiki karam baru-baru ini," katanya kepada
pemberita selepas melakukan tinjauan di Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen
(CIQ) di Pelabuhan Sungai Melaka, Banda Hilir di sini hari ini.
Turut
hadir Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hasan. -
BERNAMA
p/s : Itu baru warga yang berdaftar....kalau yang tak berdaftar lak macam manalah yek...dan itu baru je satu bangsa dan belum lagi bangsa yang lain.... :)

No comments:
Post a Comment