Hening malam ni...memang bosan dan tak banyak lah rancangan yang menarik di TV...So tergerak hati aku nak buka Tv2...Dah lama sangat dah aku tak buka TV2 dan seangkatan dengannya sejak ada HBO dan sebagainya...hehe..so cerita yang disajikan TV2 pada malam tu memang menarik minat aku untuk menontonya..Cerita yang disajikan merupakan cerita lakonan mantop oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...Siapalah yang tak kenal kan dengan Lagenda seniman Malaysia ni kan...
Aku suka cerita dengan filem allahyarham Tan Sri P.Ramlee ni bukan apa, banyak filem yang dilakonkan oleh beliau mempunyai pengajaran...sebab tulah filem beliau EVERGREEN..tak macam filem zaman sekarang ni..kebanyakkan semuanya takde langsung pengajaran..malah banyak benda yang negetif yang dibawa...
Pengajaran yang diperoleh bila menonton filem Pendekar
Bujang Lapok:
- dapat lihat amalan kronisme dan nepotisme dalam kalangan samseng di Penambang bila anak dara muda diberikan laluan terlebih dahulu dari mereka yang beratur panjang untuk menaiki sampan
- apabila orang kampung sudah jelek dan muak,muncul seseorang sebagai pencetus kebangkitan rakyat yang tidak puas hati dengan sikap dan layanan dari samseng Penambang
- .apabila muncul seorang yang berani,maka orang kampung yang lain mula bangkit menentang ketidak adilan dan memprotes sebagai rasa tidak puas hati
- baru kita tahu,yang Alif Mim Nun Wau yang diucap oleh Sudin berbunyi SARKIS
- .kita perlu menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum berjuang,seperti Ramlee,Sudin dan Ajis dihantar ke sekolah buta huruf terlebih dahulu..
- sabar dan berani melayan karenah MAMBANG-MAMBANG yang buat provokasi murahan dari puak..
- lepas tu jangan lupa cari JKK dan Sarip Dol samseng,lawan pun kena pakai otak...tengok cara Sudin dan Ajiz,pakai tongkat je(kita pakai garam dan botol mineral)
- .akhir sekali,dah menang JANGAN NAK PELUK ANAK DARA orang pula ye..
Setakat ini saja yang leh aku senaraikan pengajaran yang ada dalam filem pendekar bujang lapok yang aku tonton semalam....So dibulan ramadhan yang mulia ini..marilah sama - sama kita perbanyakkan amalan - amalan mulia.
p/s : Admin harap bulan ramadhan ni dapatlah admin malam lailatulqadar...


No comments:
Post a Comment