"SELAMAT DATANG KE DIARI SAFIAN™

TESCO BUKA 24JAM MENJELMA SYAWAL

Tesco

Shah Alam: Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd akan membuka lapan pasar rayanya 24 jam untuk tiga hari bermula esok sempena sambutan Aidilfitri.Antara yang terbabit adalah Tesco Extra Ampang, Tesco Extra Shah Alam, Tesco Kajang, Tesco Seri Alam, Tesco Seberang Jaya, Tesco Extra Seremban 2 dan Tesco Extra Mergong.


Tesco Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia Datuk Georg Fischer berkata, ini julung kali bagi pasar raya mega itu memanjangkan masa perkhidmatannya kepada 24 jam menjelang sambutan perayaan bagi memberi kemudahan kepada pelanggan yang membeli-belah pada saat akhir.Ketika mengumumkan pemanjangan tempoh perkhidmatannya hari ini, beliau berkata: "Ketika Syawal semakin hampir, pelanggan kami membeli-belah Hari Raya tatkala jadual yang sibuk."Kami memanjangkan tempoh perkhidmatan untuk keselesaan para pelanggan kami dan untuk memastikan mereka berupaya memperoleh manfaat penuh daripada kempen 'Lebih Jimat' di pasar-pasar raya kami," katanya.Beliau berkata, pelanggan yang membeli-belah selepas tengah malam akan mendapat pek sahur. 


No comments:

Post a Comment