"SELAMAT DATANG KE DIARI SAFIAN™

FADHILAT PALSU TENTANG TARAWIKH.


Zaman yang serba moden dengan gadget -gadget canggih seperti iphone, tab dan sebagainya banyak pula hadis palsu yang mudah tersebar di merata - merata macam cendawan yang tumbuh selepas hujan...hah ni admin kurang paham sikit tentang pepatah - pepatah ni...kalau salah leh tolong perbetulkan...



So tak hairanlah kalau keratan - keratan dan juga kata - kata yang berkaitan dengan apa saja isu ni mudah didapati hanya dengan sentuhan saja...So kat sini admin nak kongsi sikit tentang fadhilat tarawih yang mana ianya adalah tidak betul...

So sebab apa wujudnya perkara seperti ini adalah kerana pada zaman ulama tersebut umat islam semakin jauh dengan islam itu sendiri...

bak kata syeikh Dr.Mustafa al-Soba'i dalam bukunya al-Sunnah wa Makanatuha fi Tasyri' al-islam dan juga syeikh Nur ad-Din dalam bukunya Manhaj al-Naqd fi' Ulum al-Hadith antaranya adalah

Menggalakkan orang supaya melakukan kebaikan dan memberi peringatan kepada mereka daripada melakukan kemungkaran. Tujuan mereka adalah bagi menghampirkan diri kepada Allah (taqqarub). Mereka ini biasanya menisbahkan diri mereka kepada sifat zuhudan dan kesufian.

Sebagai contohnya ialah Abu 'Isamah Nuh bin Abi Maryam yang mencipta tentang kelebihan surah-surah dalam al-Quran. Tujuannya orang ramai kembali memberi perhatian dan rajin membaca al-Quran. 

No comments:

Post a Comment