"SELAMAT DATANG KE DIARI SAFIAN™

Anak Angkat....

Harini sungguh bertuahnya diriku kerana dapat sorang anak angkat dikalangan murid yang bukan sebangsa dengan aku...dan ini adalah merupakan suatu cabaran yang mesti aku lalui...kalau hidup tanpa cabaran memang tak seronok...jadi kat sini aku nak jelaskan kenapa perluanya program anak angkat disekolah...

Program anak angkat adalah satu program di mana seorang guru dipertanggungjawabkan untuk menjaga beberapa orang murid dalam aspek:

  • Bimbingan akademik 
  • Motivasi 
  • Disiplin


Matlamat

  • Memberi fokus bimbingan yang lebih kepada pelajar
  • Meningkatkan motivasi dan disiplin pelajar
  • Menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri
  • Membantu pelajar menghadapi UPSR.
Jadi disini aku dah terangkan serba sedikit tentang program anak angkat. aku doakan semoga program anak angkat akan terus dilaksanakan. Bagi mencapai falsafah pendidikan yang telah diamanakan kepada semua cikgu - cikgu di Malaysia.

P/S : Anak agkat bernama Lee..... Tahun 6 Kuning

2 comments: